MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN BERSUNGKAI BERSAMA MURID-MURID ASRAMA

ISNIN, 7 JULAI 2014 - MUSSALANNOUR SPABSB
Artikel dan Foto oleh Azwa

Majlis pada petang itu dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Ustaz Haji Ibrahim bin Haji Sahat dan diteruskan dengan bacaan Surah-surah lazim oleh murid-murid asrama yang diraikan. Majlis kemudiannya diteruskan lagi dengan bacaan Tahlil dan Doa Arwah yang dibacakan oleh Ustaz Hj Zulkhairi bin Hj Brahim.


Turut hadir pada majlis berbuka puasa tersebut ialah tenaga pengajar serta pegawai-pegawai dari Jabatan Pengajian Islam. Majlis juga diselajurkan dengan sembahyang Fardhu Maghrib dan Isya' berjemaah dan sembahyang Sunat Terawih yang diimamkan oleh Ustaz Hj Rosdiman bin Awg Hj Duraman.