Peraduan Tulisan Jawi

SABTU, 28 APRIL 2012 - DEWAN SPABSB
Artikel dan Photo oleh Azwa


SPABSB telah berlangsung Peraduan Tulisan Jawi bagi murid-murid dan guru-guru Sekolah Ugama dan Arab yang dikendalikan oleh Jabatan Khat SPABSB. Peraduan kali yang ke 35 ini adalah merupakan anjuran daripada Unit Ko-Kurikulum Jabatan Pengajian Islam Kementerian Hal Ehwal Ugama.



Peraduan bertujuan untuk memupuk minat terhadap seni tulisan jawi terutama di kalangan murid-murid. Peraduan diadakan secara serentak diseluruh Negara bermula dari sebelah pagi hingga ke petang.


Lawatan Kemasyarakatan ke Pusat Bahagia Kg Pulaie

RABU, 14 MAC 2012 - PUSAT BAHAGIA PULAIE
Artikel oleh Ain Najiha, Photo oleh Evie

Seramai 50 orang yang terdiri daripada Guru Besar, guru pengawas dan murid-murid SPABSB telah mengadakan lawatan kemasyarakatan ke Pusat Bahagia, Kampong Pulaie.


Lawatan tersebut merupakan salah satu aktiviti kemasyarakatan anjuran Jabatan At Tarbiyyah Ad Diniyyah SPABSB. Murid-murid didedahkan dengan pelbagai aktiviti yang dilakukan setiap hari oleh Orang-orang yang berkeperluan Khas di Pusat berkenaan seperti bagaimana keadaan mereka belajar, memasak, mempelajari seni kraftangan, membuat songkok serta pakaian, mengurut dan mempelajari tulisan jawi.


Murid-murid juga menyaksikan bagaimana mereka yang mempunyai kurang penglihatan menggunakan buku dan peralatan khas yang dinamakan brail



Selepas menikmati jamuan ringan, murid-murid diberikan sedikit taklimat penerangan daripada Pegawai yang bertugas di Pusat Bahagia berkenaan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Ustaz Khairul Alimin bin Haji Rashid.


Murid-murid SPABSB kemudiannya mempersembahkan dua persembahan berbentuk 'arabic coral speaking' dan persembahan tausyeh, manakala Pusat Bahagia pula mempersembahkan persembahan nasyid.

Sebelum beredar, Guru Besar SPABSB sempat menyempurnakan hadiah berupa alat-alat keperluan bagi Orang-orang yang berkeperluan khas dan murid-murid bergambar ramai sebagai tanda kenang-kenangan.



Peraduan Mari Bercerita Peringkat Akhir

RABU, 14 MAC 2012 - SURAU SPABSB
Artikel oleh Faizah, Photo oleh Evie

Peraduan Mari Bercerita Peringkat Akhir adalah anjuran bersama Jabatan Bahasa Melayu dan Jabatan MIB SPABSB. Peraduan berlangsung di Surau SPABSB. Peraduan dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan doa selamat yang dibacakan oleh Ustaz Haji Rudyman Bin Pengarah Hj Abdullah.



Tema Peraduan Mari Bercerita pada tahun ini ialah Kisah Nabi dan Para Sahabat. 10 peserta telah terpilih untuk mengikuti Peraduan Mari Bercerita di Peringkat Akhir ini yang terbahagi kepada 2 kategori: tahun 5 dan tahun 6.


Berikut adalah senarai nama-nama pemenang Peraduan:

Bagi kategori tahun 5:
1)Nur Syafiqah bte Mohd Asnawi (5 Zhahabi) 87.5%
Rasulullah S.A.W dan Wang 8 dirham

2)Syarifah Sakinah bte Hj Awq Abd Khalid (5 Banafsaji) 87%
Nabi Ibrahim berda’wah kepada kaumnya.

3)Nurul Afifah bte Hasan (5 Ahmar) 85%
Nabi Allah Sulaiman A.S dan Kubah Ajaib



Bagi kategori tahun 6:
1)Amalia Hartiqah Bte Hj Bujang (6 Ramadi) 83.5%
Pemaaf dan Penyabar

2)Nurdiyana Izyan 'Atiqah Bte Mohd. Khairul Azmi (6 Bunni) 82%
Keluhuran budi pekerti Rasulullah S.A.W

3)Nurussyaikaeeka Al Jufri Bte HJ Muhd. Jufri (6 Burtuqali) 79%
Kebijaksanaan dan keadilan Nabi Muhammad S.A.W dalam meletakan Hajarra Aswad.




Hijri - Gregorian Date Converter
Today's Date: Thursday, 08/19/110
www.SearchTruth.com

Gregorian Calender
Month Day Year
Hijri/Islamic Calender
Month Day Year

Day of the Week: