MAJLIS KHATAM AL-QURAN BAGI MURID-MURID TAHUN 6

RABU, 11 JUN 2014 - PUSAT PERSIDANGAN ANTARABANGSA
Artikel dan Foto oleh Azwa

Majlis Khatam Al-Quran bagi murid-murid Tahun 6 merupakan aktiviti yang diungkayahkan setiap tahun oleh pihak sekolah. Memandangkan Surau sekolah tidak lagi mampu menampung jumlah murid khatam serta para jemputan yang semakin bertambah setiap tahun, pihak sekolah telah mengadakan majlis ini di Dewan Utama Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.

 
 
Seramai 293 murid tahun 6 telah menyertai Majlis Khatam Al-Quran pada tahun ini. Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Yang Mulia Dato Seri Setia Ustaz Awg Hj Abd Aziz bin Orang Kaya Maharajalela Hj Mohd Yusof, Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Ugama.
 
 
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh tetamu kehormat dan diteruskan dengan bacaan surah-surah oleh murid-murid khatam yang diraikan. Bacaan doa khatam dibacakan oleh Nuryanie bte Mohd Salleh murid dari tahun 6 Bunni.
 
Penyampaian sijil dan cenderahati disempurnakan oleh tetamu kehormat majlis dengan laungan dikir marhaban yang dibawakan oleh murid-murid dikir dari Tahun 5. Majlis diakhiri dengan bacaan doa selamat yang dibacakan oleh Ustaz Hairul Idzany bin Hj Abd Kani.