LATIHAN MENGOSONGKAN BANGUNAN ASRAMA (FIRE DRILL)

RABU, 16 APRIL 2014 - BANGUNAN ASRAMA SPABSB, SUAMPRIPAD DAN SMALHB
Artikel dan Foto oleh Azwa
 
Latihan mengosongkan bangunan asrama ini adalah merupakan aktiviti susulan taklimat kebakaran yang telah diadakan sebelumnya. latihan ini telah diadakan pada sebelah malam iaitu selepas solat isya'. Semua penuntut berada di blok asrama masing-masing, manakala ahli jawatankuasa, guru-guru pengawas dan ahli-ahli pasukan bomba dan penyelamat telah bersedia disuatu tempat yang disediakan.



 
Tepat jam 8:20 malam latihan bermula dengan bunyi amaran yang diaktifkan oleh petugas-petugas Sekuriti SETIA. penuntut-penuntut mula melakukan latihan mengosongkan bangunan asrama dan berkumpul di 'assembly point' yang telah ditetapkan. Acara kemudiannya diteruskan dengan taklimat kesimpulan daripada hasil pemerhatian latihan mengosongkan bangunan asrama yang disampaikan oleh pegawai daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat.