BENGKEL AL-QURAN DIHATIKU

RABU, 23 APRIL 2014 - MUSALLANOUR SPABSB
Artikel dan Foto oleh Azwa

Bengkel 'Al-Quran dihatiku' merupakan salah satu aktiviti yang dianjurkan oleh Jabatan Pengajian Islam. Ianya melibatkan 50 orang murid dari Tahun 5 dan 6 serta guru-guru Al-Quran Sekolah Persediaan Arab Bandar Seri Begawan.
 


 
Pemudahcara pada hari tersebut ialah Ustaz Hj Mohd Ashraff bin Ayob Al-Hafiz dari Islamic Management and Services Sendirian Berhad. Bengkel dilaksanakan menggunakan dua modul iaitu; Modul Tajwid Pro (membaca Al-Quran secara bertajwid yang betul dan tepat) dan Modul Kaedah Jibril (teknik menghafaz ayat-ayat Al-Quran secara harian)