PROGRAM KEUGAMAAN SENEGARA (ASMAUL HUSNA DAN SURAH-SURAH LAZIM)

KHAMIS, 27 MAC 2014 - MUSALLANOUR SPABSB
Artikel dan Foto oleh Azwa
 
Program pada hari tersebut dimulakan dengan tazkirah mengenai kelebihan Asmaul Husna dan fadhilat-fadhilatnya yang disampaikan oleh Ustaz Hj Rosdiman bin Hj Awg Duraman. Acara kemudiannya diteruskan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, Doa Asmaul Husna dan surah-surah lazim (Surah Ad Dhuha hingga Surah An Nas) yang dibawakan oleh semua murid Tahun 5 dan 6.
 
Acara disudahi dengan Doa Peliharakan Sultan yang dibacakan oleh Ustaz Zulkhairi bin Hj Brahim.