PERADUAN TULISAN JAWI SENEGARA KALI KE 37

KHAMIS, 27 MAC 2014 - SPABSB
Artikel dan Foto oleh Azwa

Peraduan ini dilaksanakan usai Program Keugamaan Senegara pada hari tersebut. Peraduan yang dianjurkan oleh Jabatan Pengajian Islam ini telah dilaksanakan oleh Jabatan Khat Sekolah Persediaan Arab Bandar Seri Begawan. Peraduan dibukakan kepada semua murid Tahun 5 dan 6  serta tenaga pengajar Sekolah Persediaan Arab Bandar Seri Begawan.
 
Peringkat saringan telah diadakan untuk memilih murid-murid yang terbaik bagi setiap Tahun 5 dan 6. Murid-murid yang terpilih akan memasuki peringkat akhir dalaman sekolah untuk dipilih menjadi wakil sekolah ke Peringkat Akhir Senegara. Hasil dari pusingan akhir ini pihak sekolah telah memilih 4 orang wakil dari Tahun 5 dan 3 orang wakil dari Tahun 6. Semua tenaga pengajar yang ikut serta juga dipilih untuk menjadi wakil sekolah.