LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PUSAT PEMPROSESAN MEL DAN BUNGKUSAN

RABU, 26 MAC 2014 - PUSAT PEMPROSESAN MEL DAN BUNGKUSAN LAPANGAN TERBANG LAMA BERAKAS
Artikel dan Foto oleh Ehsan

Lawatan yang dianjurkan oleh Jabatan Social Studies ini melibatkan dua kelas Tahun 5 Abyadh dan 5 Ahmar. Rombongan terdiri daripada 4 orang guru pengawas dan 48 orang murid. Adapun tujuan lawatan diadakan adalah untuk memberi pengetahuan bagaimana surat-surat dan bungkusan-bungkusan diuruskan di pusat tersebut. Lawatan pada pagi itu dimulakan dengan taklimat yang disampaikan oleh pegawai perhubungan jabatan perkhidmatan pos dan diteruskan dengan lawatan di sekitar pusat pemprosesan mel dan bungkusan lapangan terbang lama berakas. Lawatan berakhir dengan jamuan ringan yang telah disediakan oleh pusat berkenaan.