LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE JUNIOR SCHOOL, JERUDONG INTERNATIONAL SCHOOL

KHAMIS, 10 APRIL 2014 - JUNIOR SCHOOL, JERUDONG INTERNATIONAL SCHOOL
Artikel dan Foto oleh Azwa

Lawatan yang dianjurkan oleh Jabatan Inggeris dan Jabatan Matematik ini melibatkan 10 orang murid yang terpilih daripada Tahun 6 dan 8 orang guru pengawas daripada setiap Jabatan masing-masing. Rombongan lawatan pada pagi itu telah disambut oleh Head of Junior School, Jerudong International School, Karen Mehta.
 

 
Rombongan kemudiannya dibawa melawat disekitar kawasan sekolah, kelas-kelas dan taman permainan. Lawatan tersebut juga memberikan peluang kepada murid-murid dan guru-guru untuk menyaksikan proses pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan di Sekolah berkenaan.
 

 
Cenderahati berupa barangan produk Sekolah Persediaan Arab Bandar Seri Begawan disampaikan kepada setiap guru yang mengajar di kelas-kelas yang telah dilawati. Cenderahati kenang-kenangan juga diberikan kepada Head of Junior School yang telah disampaikan oleh Ketua Jabatan Bahasa Inggeris Sekolah Persediaan Arab Bandar Seri Begawan Cikgu Dk Hjh Seriah Puspawati bte Pg Hj Md Yussof.