BAZAR DAN LARIAN AMAL HAFLUT TAKHARUJJ LIS SANAH AS-SADISAH

SABTU, 8 MAC 2014 - SPABSB
Artikel dan Foto oleh Azwa
 
Adapun tujuan bazar amal ini diadakan ialah bagi merealisasikan hasrat Sekolah untuk mengadakan Haflut Takharujj Lis Sanah As-Sadisah pada tahun ini. Acara bazar dimeriahkan dengan acara larian amal yang dikendalikan bersama oleh Jabatan Sains, Pendidikan Jasmani, Unit Ko-Kurikulum dan Unit Asrama. Aktiviti melibatkan warga Sekolah dan jemputan-jemputan Sekolah-Sekolah Arab serta pegawai-pegawai daripada Jabatan Pengajian Islam.
 
 

 
Jemputan khas pada acara tersebut ialah Ustazah Hjh Hamidah binti Hj Abd Rahman Ketua Unit Maklumat, Perangkaan dan Hal Ehwal Pelajar, Bahagian Sekolah Arab Jabatan Pengajian Islam dengan diiringi oleh Ustazah Hjh Mastura binti Hj Jais Ketua Unit Perkhidmatan dan Pengurusan Bahagian Sekolah Arab.
 

 
Adapun jenis dan bentuk kegiatan bazar yang dilaksanakan adalah berbentuk jualan makanan, barangan perhiasan, buku dan pakaian, serta berbentuk permainan "mini fun fair" seperti photo-booth, seni khat, face painting, bouncer dan dancing mat. Sepanjang acara diadakan pihak Sekolah juga telah menyediakan tabung khas bagi kutipan sumbangan derma seangkat-angkat hati.