MEMBERSIHKAN TANAH PERKUBURAN (JABATAN SAINS DAN PJ)

SELASA, 11 FEBRUARI 2014 - KUBAH MAKAM DIRAJA
Artikel dan Foto oleh Evie
 
Aktiviti berkebajikan ini dianjurkan oleh Jabatan Sains dan Pendidikan Jasmani yang melibatkan murid-murid dari Tahun 6 Banafsaji dan 6 Ramadi serta diawasi oleh 13 orang guru. Aktiviti lawatan ke Kubah Makam Diraja dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Muhammad Runy bin Metali, penjaga Kubah Makam Diraja yang seterusnya juga memberikan sedikit penerangan mengenai sejarah Sultan-sultan Brunei yang ada di dalam Makam tersebut.
 
Aktiviti kemudiannya diteruskan dengan membersihkan kawasan Makam dan Membaca Tahlil beramai-ramai yang diketuai oleh Cikgu Ehsan bin Nokman. Aktiviti berakhir dengan penyerahan barangan waqaf kepada penjaga Kubah Makam Diraja yang disampaikan oleh Ustaz Pg Hj Mohd Hakimuddin bin Pg Hj Hashim.