LAWATAN KE JABATAN MUFTI KERAJAAN (JABATAN KHAT)

KHAMIS, 27 FEBRUARI 2014 - BALAI PAMERAN ISLAM SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH
Artikel dan Foto oleh Azwa

Lawatan yang diungkayahkan oleh Jabatan Khat ini melibatkan 46 orang murid dari Tahun 6 Zhahabi dan 6 Fiddhi dengan diawasi oleh 4 orang guru pengawas. Lawatan dimulakan dengan taklimat yang disampaikan oleh petugas khas balai pameran, yang menerangkan mengenai barang-barang tegahan, bilik-bilik pameran dan sebagainya.
 
Rombongan lawatan dibahagikan kepada 2 kumpulan yang diiringi oleh 2 orang guru pengawas bagi setiap kumpulan. Lawatan juga terbahagi kepada 4 buah bilik pameran iaitu; bilik pameran Sultan, bilik pameran Khazanah Nabi, bilik pameran Al-Quran dan bilik pameran Tongkat dan Tasbih.
 
 
 
 
Lawatan diakhiri dengan sesi bergambar ramai dan penyampaian cenderahati dari pihak Balai Pameran kepada rombongan lawatan yang diterima oleh Ketua Jabatan Khat Ustaz Bolhanuddin bin Haji Abdul Wahab.