TREASURE HUNT SEMPENA TA'ZIZUL UKHUWAH MURID TAHUN 5

SABTU, 18 JANUARI 2014 - SPABSB
Artikel dan Foto oleh Azwa

Jabatan Sains, Jabatan Bahasa Arab dan Jabatan Bahasa Melayu telah mengendalikan aktiviti Treasure Hunt bersempena dengan Program Ta'zizul Ukhuwah bagi murid-murid baru Tahun 5.
 
Aktiviti disertai oleh 120 orang murid Tahun 5, iaitu 20 orang murid daripada setiap Rumah-rumah Sukan. Setiap Rumah Sukan kemudiannya dibahagikan lagi kepada 4 kumpulan kecil untuk mencari jawapan bagi soalan yang telah diberikan.
 




 
Pemenang bagi aktiviti tersebut ialah; Pertama Rumah Jasmine (Hijau), Kedua Rumah Ixora (Oren) dan Ketiga Rumah Orkid (Ungu). Penyampaian Hadiah disempurnakan pada Hari Isnin 20 Januari 2014 oleh Penolong Guru Besar Pentadbiran Ustaz Pg Hasinol Zamri bin Pg Hj Piut.