BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEMPENA TA'ZIZUL UKHUWAH MURID TAHUN 5

SELASA, 25 JANUARI 2014 - SPABSB
Artikel oleh Azwa, Foto oleh Evie
 
Unit Kaunseling Sekolah Persediaan Arab Bandar Seri Begawan telah mengadakan aktiviti Bimbingan dan Kaunseling sempena Ta'zizul Ukhuwah bagi murid-murid Tahun 5. Namun hanya 120 orang murid sahaja yang mengikuti aktiviti-aktiviti yang diadakan, iaitu 20 orang murid bagi setiap kumpulan. Guru Fasilitator pada petang itu ialah Cikgu Emran bin Hj Abd Rani. Adapun aktiviti-aktiviti yang diadakan adalah seperti; aktiviti susun, sambung dan hafal, amanah kami, jejak bertapak dan air dalam botol.