MINGGU SUAI KENAL MURID-MURID TAHUN 5 SESI 2014M/1435H

SELASA-SABTU, 7-11 JANUARI 2014 - SPABSB
Artikel dan Foto oleh Azwa
 
Sepanjang minggu suai kenal murid-murid baru Tahun 5 Sekolah Persediaan Arab Bandar Seri Begawan beberapa program dan aktibiti telah diaturkan selama 4 hari;
 
(HARI PERTAMA)
Penerangan ringkas mengenai rutin harian dan aspek keselamatan yang disampaikan oleh Guru Kanan Pentadbiran Ustaz Azman bin Haji Jaya. Murid-murid kemudiannya beredar ke Dewan Makan Sekolah Persediaan Arab Bandar Seri Begawan untuk makan tengahari dan mendirikan sembahyang fardhu zuhur berjemaah di Musallanour Sekolah Persediaan Arab Bandar Seri Begawan.

  
(HARI KEDUA)
Hari kedua persekolahan dimulakan dengan perbarisan pagi dan doa memulakan pembelajaran bagi murid-murid Tahun 5, kemudian diikuti dengan laungan zikir beramai-ramai bersempena dengan menyambut kehadiran Maulidur Rasul Salallahu Alaihi Wassalam yang dipimpin oleh Ketua Unit Kerohanian Ustaz Hj Rosdiman bin Awg Hj Duraman.
 
Setelah itu murid-murid terlibat dengan aktibiti kendalian Ko-Kurikulum ‘cari dan kenali guru-guruku’ yang mana murid-murid dikehendaki mencari dan melengkapkan nama-nama guru berpandukan pada gambar-gambar guru yang telah disediakan.
 
 
Disebelah petangnya pula, murid-murid mengikuti aktibiti permainan dalam di Musallanour Sekolah Persediaan Arab Bandar Seri Begawan yang telah disediakan oleh Unit Pendidikan Jasmani.


(HARI KETIGA)
Murid-murid Tahun 5 dijadualkan untuk menerima buku-buku teks dan sesi bergambar sekelas yang dikendalikan oleh Unit Media Publisiti Sekolah dan disambung semula pada sebelah petangnya.
 
 
(HARI KEEMPAT)
Pada hari terakhir minggu suai kenal murid-murid Tahun 5 telah berlangsung Program Keugamaan Senegara anjuran Jabatan Pengajian Islam yang dikendalikan oleh Unit Kerohanian Sekolah Persediaan Arab Bandar Seri Begawan. Antara lain pengisiannya ialah tazkirah yang disampaikan oleh Cikgu Salimah binti Hj Abas, dan bacaan Ratib Al Attas yang dipimpin oleh wakil daripada murid-murid Tahun 6.
 
 
Diikuti selepas itu ceramah motivasi yang disampaikan oleh Cikgu Emran bin Hj Abd Rani, Kaunselor bagi sekolah-sekolah ugama dan arab di bawah Jabatan Pengajian Islam.
 
 
Pada hari tersebut juga murid-murid dibahagikan kepada 6 buah rumah sukan iaitu; Rumah Merah (Rose), Rumah Hijau (Jasmine), Rumah Oren (Ixora), Rumah Pink (Lily), Rumah Biru (Daisy) dan Rumah Ungu (Orchid) yang telah disediakan oleh Unit Ko-Kurikulum bahagian Pendidikan Jasmani.