MINGGU SUAI KENAL MURID-MURID ASRAMA SESI 2014M/1435H

SELASA-JUMAAT, 7-10 JANUARI 2014 - MUSALLA AN NUR
Artikel dan Foto oleh Azwa
 
Murid-murid asrama Sekolah Persediaan Arab Bandar Seri Begawan telah disediakan dengan pelbagai aktibiti disepanjang malam minggu suai kenal bersempena dengan kemasukan dan penerimaan murid-murid baru Tahun 5 ke Sekolah Persediaan Arab Bandar Seri Begawan.
 
Diantaranya ialah membawakan lagu-lagu dikir dan qasidah disepanjang malam bersempena dengan Sambutan Maulidur Rasul Salallahu Alaihi Wassalam, aktibiti mencantumkan gambar-gambar puzzle, aktibiti 'kenali kami' dan pembahagian campur (goodies bag) berupa makanan dan minuman.
 



 
Pada hari terakhir telah diadakan senaman pemanasan badan dan larian yang bermula daripada kawasan letak kerita SUAMPRIPAD sehingga ke kawasan letak kerita SPABSB. Setelah itu, pertandingan Netball juga diadakan mengikut blok masing-masing yang dimenangi oleh Marhalah Nusaibah.
 
Acara penutup minggu suai kenal murid-murid asrama ditutup dengan penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan tersebut.