PENYAMPAIAN HADIAH MURID TERBAIK TAHUN 2013M / 1435H

KHAMIS, 28 NOVEMBER 2013 - MUSALLANOUR SPABSB
Artikel oleh Azwa, Foto oleh Evie

Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh Nur Hayati Adila binti Abdullah murid daripada Tahun 6 Abyadh. Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Ustaz Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal Pemangku Timbalan Raes Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan yang juga menyampaikan hadiah kepada penerima-penerima hadiah murid terbaik tahun 2013M / 1435H.




Kemuncak majlis menyaksikan Halimatus Sa'diyah binti Hj Ajid Osman Hambali murid Tahun 5 Fiddhi dan Norafiqah binti Hj Mohd Salleh murid Tahun 6 Bunni menerima hadiah sebagai murid cemerlang Tahun 5 dan 6.

Manakala Izzatus Syakirah binti Ariffin murid Tahun 6 Ahmar dianugerahkan sebagai murid mithali Tahun 2013M / 1435H.