LAWATAN ROMBONGAN SMK SULTAN ISMAIL JOHOR BHARU

ISNIN, 11 NOVEMBER 2013 - MUSALLANNOUR SPABSB
Artikel oleh Azwa dan Foto oleh Evie

Seramai 17 orang murid yang terdiri daripada Menengah 7 hingga 9 bersama dengan diiringi oleh 2 orang guru pengawas daripada SMK Sultan Ismail Johor telah mengadakan lawatan berbentuk Program Kongsisama Implementasi Bahasa Arab di dalam pengajaran dan pembelajaran.

Rombongan diperdengarkan dengan taklimat ringkas mengenai latar belakang Sekolah dan menyaksikan video pendek mengenai Implementasi Bahasa Arab di dalam pengajaran dan pembelajaran di Sekolah Persediaan Arab Bandar Seri Begawan.





Begitu juga dengan rombongan yang mengongsikan taklimat ringkas dan mempersembahkan satu persembahan Nasyid.

Rombongan kemudiannya dibawa beredar ke dua buah kelas untuk melihat demonstrasi pengajaran dan pembelajaran menggunakan papan putih interaktif (panaboard) dalam matapelajaran Al-Quran dan Bahasa Arab.