LAWATAN ROMBONGAN SK BERTAM INDAH PULAU PINANG DAN SK ZAINAB 1, KELANTAN DAN PROGRAM ILAL MAJDI WAL 'ULA

ISNIN & SELASA, 18 & 19 NOVEMBER 2013 - SPABSB
Artikel dan Foto oleh Azwa

Sekolah Persediaan Arab Bandar Seri Begawan selaku tuan rumah mengalu-alukan ketibaan rombongan daripada SK Bertam Indah Pulau Pinang dan SK Zainab 1 Kelantan bersama-sama dengan jemputan Sekolah-sekolah Arab yang lain yang terdiri daripada Mahad Islam Brunei, Sekolah Arab Sungai AKar, Sekolah Persediaan Arab Temburong dan Sekolah Arab Belait.

Pada hari pertama program berlangsung, rombongan mengikuti taklimat ringkas pengenalan sekolah oleh Penolong Guru Besar Pentadbiran Ustaz Pg Hasinol Zamri bin Pg Hj Piut dan menyaksikan persembahan kalam jamaie dan public speaking daripada tuan rumah dan juga kedua-dua rombongan.






Kemudian rombongan diiring untuk menikmati jamuan ringan sambil menyaksikan galeri pameran jabatan-jabatan dan sekolah-sekolah di bilik muzakarah, imarahtul husna.

Pertandingan dimulakan serentak dengan peraduan Sudoku dan Scrabble diikuti dengan pertandingan Spelling Bee.

Pada hari kedua program pula menyaksikan aktibiti Speedrace (Jabatan Bahasa Inggeris dan Jabatan Matematik) dan diselajurkan dengan penyampaian hadiah dan cenderahati kepada pemenang-pemenang peraduan.