CERAMAH MOTIVASI SEMPENA AWAL TAHUN HIJRAH 1435H

SABTU, 23 NOVEMBER 2013 - DEWAN PENCAPAIAN ARAS 2 IPA
Artikel dan Foto oleh Azwa

Bersempena dengan sambutan Awal Tahun Hijrah 1435H, Jabatan Pengajian Islam menganjurkan ceramah motivasi dengan dikendalikan bersama oleh Sekolah Persediaan Arab Bandar Seri Begawan bertempat di Institut Perkhidmatan Awam.

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis Ustazah Hjh Surbiah binti Hj Tengah Pemangku Penolong Pengarah Institusi Pengajian Jabatan Pengajian Islam.



Acara dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh Ustaz Hj Md Noor Bin Hj Ibrahim tenaga pengajar di Sekolah Menengah Arab Laki-Laki Hassanal Bolkiah diikuti dengan ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Majlis Ustazah Pg Hjh Masrelawati @ Khadijah bte Pg Mohd Said Ketua Bahagian Sekolah Arab Jabatan Pengajian Islam.

Ceramah motivasi disampaikan oleh penceramah khas Wan Ali bin Wan Ibrahim Pengajar Kanan di Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan.