UPACARA MENGIBAR BENDERA DAN RAMAH MESRA BERSAMA RAKYAT DAERAH BRUNEI MUARA

AHAD, 29 SEPTEMBER 2013 - HADAPAN BANGUNAN PEJABAT BESAR POS IBU NEGARA
Artikel dan Foto oleh Azwa

Seramai 67 orang murid-murid Tahun 5 dan beberapa orang guru pengawas telah mengikuti upacara Mengibar Bendera di hadapan Bangunan Pejabat Besar Pos di Ibu Negara bagi menjunjung keberangkatan KDYMM bagi Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah Bersama Rakyat dan Penduduk Daerah Brunei Muara sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda ke-67 tahun yang diadakan di padang Sir Muda Sultan Omar Ali Saifuddin Bandar Seri Begawan.




Walaupun sambutan Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah bagi Rakyat dan penduduk diadakan pada bulan September, namun semangat dan ketaatsetiaan rakyat jelata di negara ini dapat dilihat dengan kemeriahan sambutan dan mereka yang turun padang terdiri daripada semua lapisan umur semata-mata untuk bersua muka dengan raja yang dikasihi.