SAMBUTAN HARI GURU, PENGHARGAAN DAN MENGENANG JASA BAGI GURU-GURU YANG BERPINDAH SERTA DOA KESYUKURAN BAGI GURU BESAR SETELAH MENUNAIKAN FARDHU HAJI

SELASA, 5 NOVEMBER 2013 - RESTORAN SEASONS CENTERPOINT GADONG
Artikel dan Foto oleh Azwa

Guru-guru dan kakitangan Sekolah Persediaan Arab Bandar Seri Begawan telah menganjurkan Majlis 3 dalam 1 iaitu, Sambutan Hari Guru, Penghargaan dan Mengenang Jasa bagi guru-guru yang telah berpindah dan Doa Kesyukuran bagi Guru Besar yang selamat pulang ke tanahair setelah menunaikan ibadah fardhu haji.





Majlis minum petang itu diadakan dengan penuh meriah di Restoran Seasons Centerpoint Gadong. Hadir selaku tetamu yang diraikan dan memberikan ucapan alu-aluan ialah Guru Besar Ustazah Hjh Rusidah bte Hj Talip.

Majlis juga dimeriahkan lagi dengan cabutan undian bertuah dan acara bertukar-tukar hadiah.