MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH MARI BERCERITA DALAM BAHASA ARAB DAN PERSEMBAHAN SAJAK 3 BAHASA

ISNIN, 11 NOVEMBER 2013 - STUDIO 4, RTB SG AKAR
Artikel oleh Azwa, Foto oleh Izzaty

Hadir selaku tetamu kehormat yang juga menyampaikan hadiah ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman.




Sekolah Persediaan Arab Bandar Seri Begawan telah menjuarai Peraduan Mari Bercerita Dalam Bahasa Arab Peringkat Akhir Negara Ke-4 pada tahun ini. Sementara Sekolah Arab Sungai Akar memenangi tempat kedua dan Sekolah Persediaan Arab Temburong mendapat tempat ketiga, manakala Sekolah Al-Falaah memenangi Bahagian PROPS dan Peralatan Terbaik.

Murid-murid Sekolah Persediaan Arab Bandar Seri Begawan juga telah mempersembahkan sajak 3 Bahasa (Arab, Melayu dan Inggeris) pada majlis tersebut yang disampaikan oleh Izzatus Syakirah bte Ariffin, Nur Syafiqah bte Mohd Asnawi dan Dk Nurul Hazirah Nazihah bte Pg Zainuddin.