PROGRAM MOTIVASI PSR TAHUN 6

KHAMIS, 26 SEPTEMBER 2013 - KAWASAN LETAK KERETA SPABSB
Artikel oleh Azwa, Foto oleh Dk Seriah

Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Persediaan Arab Bandar Seri Begawan telah mengadakan Program Motivasi PSR Tahun 6 dengan mengundang Cikgu Emran bin Hj Abd Rani selaku fasilitator program tersebut.





Murid-murid Tahun 6 dibahagikan kepada kepada 11 kumpulan iaitu; Amazing, Magnificent, Brilliant, Clever, Dexterous, Awesome, Excellent, Fabulous, Superb, Glorious dan Incredible dengan didampingi oleh seorang guru pembimbing.

Diantara aktiviti pada program tersebut ialah; senam minda, ujian 5 minit, fikir kreatif, kad motivasi, bersatu hati dan ice breaking. Kumpulan terbaik keseluruhan telah dimenangi oleh kumpulan Amazing.