LAWATAN ROMBONGAN SEKOLAH KEBANGSAAN ASSUNTA CONVENT KUANTAN PAHANG

SELASA, 24 SEPTEMBER 2013 - BILIK TAKLIMAT & MUSALANNOUR SPABSB
Artikel oleh Azwa, Foto oleh Evie

Pada tahun ini Sekolah Persediaan Arab Bandar Seri Begawan telah menerima lawatan daripada rombongan Sekolah Kebangsaan Assunta Convent Kuantan, Pahang seramai 18 orang yang terdiri daripada murid-murid dan tenaga pengajar Sekolah berkenaan.




Rombongan diperdengarkan dengan taklimat ringkas yang disampaikan oleh Pemangku Guru Besar Sekolah Persediaan Arab Bandar Seri Begawan Ustaz Pg Hasinol Zamri bin Pg Hj Piut dan diikuti dengan ucapan daripada wakil sekolah berkenaan Encik Shah Nor Amir bin Saad.

Rombongan kemudiannya dibawa ke Musalannour SPABSB untuk menyaksikan persembahan lakonan dalam bahasa arab dan pameran daripada setiap Jabatan SPABSB. Rombongan SK Assunta juga mempersembahkan satu persembahan Kalam Jamaie yang menarik sambil mengongsikan beberapa pertukaran aktiviti.

Manakala di kelas masing-masing pula telah berlangsung aktiviti membuat kad ucapan buat guru-guru.