DOA KESYUKURAN SEMPENA PUJA USIA KDYMM KE 67 TAHUN & SAMBUTAN HARI GURU

KHAMIS, 19 SEPTEMBER 2013 - MUSALANNOUR SPABSB
Artikel oleh Azwa, Foto oleh Evie

Bersempena dengan puja usia Kebawah Duli Yang Maha Mulia ke 67 tahun, Jabatan Pengajian Islam telah menganjurkan Majlis Doa Kesyukuran bertempat di Musalannour Sekolah Persediaan Arab Bandar Seri Begawan. Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pemangku Menteri Hal Ehwal Ugama Yang Mulia Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Hj Bahar berserta dengan Setiausaha Tetap, Timbalan Setiausaha, Pengarah-pengarah dan Pegawai-pegawai di Kementerian Hal Ehwal Ugama.



 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah oleh Ustaz Hj Zaidin bin Hj Morni dan diikuti dengan bacaan Surah Al-Mulk, tahlil dan doa Arwah oleh Ustaz Abd Mukmin bin Hj Awang. Manakala bacaan Doa Kesyukuran dan Doa Peliharakan Sultan dibacakan oleh Ustaz Hairul Idzany bin Hj Abd Kani.

Pada masa yang sama juga, murid-murid SPABSB telah mengadakan aktiviti melukis poster dan menulis kata-kata ucapan khas buat guru-guru pada kain rentang yang diadakan di Dewan Makan SPABSB.