MAJLIS KHATAM AL-QURAN 67 KALI KHATAM AHLI-AHLI MAJLIS PERUNDINGAN MUKIM DAN KAMPONG SELURUH NEGARA

SABTU, 17 OGOS 2013 - DEWAN PERSANTAPAN, ISTANA NURUL IMAN
Artikel oleh Azwa, Foto oleh Lym

Seramai 73 orang murid dan 3 orang guru pengawas daripada SPABSB telah terlibat dengan upacara majlis khatam al-quran 67 kali khatam ahli-ahli majlis perundingan mukim dan kampong seluruh negara bersempena dengan hari keputeraan KDYMM ke 67 tahun yang diadakan di Dewan Persantapan, Istana Nurul Iman.

Majlis yang mengumpulkan seramai 1,608 orang peserta dari keempat-empat daerah ini telah membacakan dan mengkhatamkan bacaan Al-Quran 30 juzuk, yang mana setiap daerah mewakilkan 4 kategori peserta iaitu 67 orang lelaki dewasa, 67 orang belia, 67 wanita dewasa dan 67 orang beliawanis menjadikan setiap daerah mewakilkan seramai 268 orang peserta.




Peserta-peserta juga termasuk seramai 536 orang kanak-kanak di bawah umur 12 tahun lelaki dan perempuan iaitu terdiri daripada pelajar yang menyertai Skim Tilawah Al-Qur'an Remaja, Skim Galakan Khatam Al-Quran di bawah umur 10 tahun, pelajar-pelajar Sekolah Persediaan Arab,Sekolah Al-Falah dan Sekolah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah yang telah khatam Al-Quran 30 juzuk dan menjadikan jumlah khatam Al-Qur'an keseluruhannya ialah sebanyak 1,608 kali khatam.