MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA MURID-MURID ASRAMA

SELASA, 30 JULAI 2013 - MUSALANNOUR SPABSB
Artikel oleh Azwa, Foto oleh Evie

Seramai 83 murid-murid asrama telah diraikan dalam satu Majlis Berbuka Puasa dan Khatam Al-Quran bertempat di Musalannour SPABSB. Bacaan surah-surah telah dipimpin oleh salah seorang guru Asrama Cikgu Taahirah binti Hj Suleiman dan diselajurkan dengan bacaan Tahlil dan Doa Arwah yang diketuai oleh Cikgu Ehsan bin Hj Nokman.





Pada majlis tersebut juga, guru-guru, murid-murid asrama dan jemputan-jemputan daripada Jabatan Pengajian Islam telah mendirikan Solat Fardhu Maghrib dan Isya' dan diikuti dengan Solat Sunat Terawih dan Witir berjemaah.