Peraduan Membaca Rawi Peringkat Akhir Negara

ISNIN, 1 JULAI 2013 - MUSALANNOUR SPABSB
Artikel oleh Azwa dan Foto oleh Evie

Di Musalannour SPABSB telah berlangsung Peraduan Membaca Rawi Peringkat Akhir Negara kali ke 20 yang dianjurkan oleh Jabatan Pengajian Islam Kementerian Hal Ehwal Ugama.


Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Ustaz Hairul Idzany bin Hj Abd Kani dan ucapan alu-aluan daripada Pengerusi Majlis Ustazah Hjh Hamdiah binti Hj Md Salleh Ketua Unit Sekolah Arab Bahagian Ko-Kurikulum. 


 



Hadir selaku tetamu khas Majlis dan menyampaikan cenderahati kepada hakim-hakim pertandingan ialah Ustazah Hjh Sarimah binti Hj Ahmad pemangku Penolong Pengarah (Professional) di Jabatan Pengajian Islam Kementerian Hal Ehwal Ugama.