AKTIBITI KEBAJIKAN MEMBERSIHKAN KAWASAN MASJID

KHAMIS, 13 JUN 2013 - MASJID KAMPONG TAMOI
Artikel dan Foto oleh Azwa

Aktiviti kemasyarakatan ini adalah anjuran bersama Jabatan ICT, Sosial Studies dan MIB. Seramai 60 orang murid dari Tahun 6 Ramadi, 6 Wardi dan 6 Fiddhi berserta dengan 18 orang guru pengawas bertolak berjalan kaki menuju ke Masjid Kampong Tamoi.

Acara dimulakan dengan mendirikan Solat Sunat Duha berjemaah yang diimamkan oleh Ustaz Azman bin Haji Jaya. Kemudian guru-guru dan murid-murid menikmati jamuan ringan sebelum memulakan kerja-kerja pembersihan di sekeliling kawasan dan dalam Masjid Kampong Tamoi.