SPEED RACE

KHAMIS, 9 MEI 2013 - SPABSB
Artikel dan Foto oleh Azwa

Jabatan Science dan Mathematics Sekolah Persediaan Arab Bandar Seri Begawan bersama dengan Jabatan Pengajian Islam telah menganjurkan dan mengendalikan aktiviti Speed Race dan mengundang empat buah Sekolah Arab peringkat I’dadi yang lain untuk menyertai aktiviti ini.

Sekolah Persediaan Arab Temburong, Sekolah Arab Sungai Akar, Ma’had Islam Brunei dan Sekolah Arab Belait masing-masing menghantar wakil seramai 20 orang murid dari Tahun 6 menjadikannya 100 peserta yang kemudiannya dibahagikan mengikut warna kepada 10 kumpulan.






Sebelum aktiviti dilaksanakan taklimat ringkas tatacara Speed Race disampaikan oleh Cikgu Dk Evielydia Nora Azizah bte Pg Kiply Ketua Jabatan Science Sekolah Persediaan Arab Bandar Seri Begawan. Aktiviti dimenangi oleh;
1) Kumpulan Ungu - berjaya menyelesaikan dalam masa 47 minit
2) Kumpulan Oren - berjaya menyelesaikan dalam masa 48 minit
3) Kumpulan Kuning - berjaya menyelesaikan dalam masa 50 minit

Hadir menyampaikan hadiah dan sijil penyertaan kepada peserta ialah Ketua Unit Sekolah Arab, Ustazah Dk Hjh Mas Relawati@Khadijah bte Pg Hj Said.