PROGRAM ILAL MAJDI WAL 'ULA

ISNIN, 27 MEI 2013 - MUSALLA AN NUR
Artikel dan Foto oleh Azwa

Program Ilal Majdi wal ‘Ula Kongsisama Amalan Terbaik telah dihadiri oleh tetamu khas majlis Ustazah Hjh Surbiah binti Hj Tengah Pemangku Penolong Pengarah Institusi Pengajian Jabatan Pengajian Islam, Pengetua-pengetua, Guru besar dan Pegawai-pegawai daripada Jabatan Pengajian Islam.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan ucapan daripada Pengerusi Program Ustazah Dk Hjh Mas Relawati@Khadijah binti Pg Mohd Said, Ketua Unit Sekolah Arab Jabatan Pengajian Islam.





Sebanyak 4 pembentangan kertas kerja telah disampaikan oleh Guru Besar dan guru-guru Sekolah Persediaan Arab Bandar Seri Begawan yang terdiri daripada;

1) Ustazah Rusidah binti Hj Talip dengan kertas kerja ‘head count’
2) Cikgu Haryanty binti Alias dari Jabatan Matematik dengan kertas kerja ‘kem bijak sifir’
3) Cikgu Dk Evielydia Nora Azizah binti Pg Kiply dari Jabatan Sains dengan kertas kerja ‘speed race’ dan
4) Cikgu Dk Hjh Seriah Puspawati dari Jabatan Bahasa Inggeris dengan kertas kerja ‘donate and read a book’.

Manakala disebelah petangnya pula berlangsung kongsisama amalan terbaik diantara tenaga-tenaga pengajar sekolah-sekolah arab mengikut subjek-subjek PSR.