PERADUAN TULISAN JAWI PERINGKAT SENEGARA

RABU, 1 MEI 2013 - SPABSB
Artikel dan Foto oleh Azwa

Jabatan Khat Sekolah Persediaan Arab Bandar Seri Begawan telah mengendalikan peraduan tulisan jawi senegara yang telah dianjurkan oleh Jabatan Pengajian Islam Kementerian Hal Ehwal Ugama. Peraduan dilakukan secara dua sesi; pertama iaitu peringkat saringan diadakan di kelas masing-masing.




Pemilihan tulisan jawi peringkat saringan dihakimi oleh guru-guru Jabatan Khat yang kemudiannya melaksanakan peringkat kedua (akhir) yang terdiri daripada 13 orang murid Tahun 5 dan 21 orang murid Tahun 6.