PERADUAN MELUKIS KAD UCAPAN SEMPENA HARI KELUARGA KEBANGSAAN

RABU, 1 MEI 2013 - SPABSB
Artikel dan Foto oleh Azwa

Unit 3K Sekolah Persediaan Arab Bandar Seri Begawan telah mengadakan aktiviti peraduan melukis kad ucapan bersempena dengan Hari Keluarga Kebangsaan 2013. Peraduan ini melibatkan semua murid dari Tahun 5 dan 6. 




Sebanyak 20 buah hadiah telah disediakan oleh pihak sekolah iaitu 10 orang pemenang dari murid Tahun 5 dan 10 orang pemenang lagi dari murid Tahun 6. Kad-kad yang direka cipta oleh para murid juga akan diserahkan kepada ibubapa / penjaga pelajar pada 06 Mei 2013.