LAWATAN KE SEKOLAH SUKAN BERAKAS

SELASA, 30 APRIL 2013 - SEKOLAH SUKAN
Artikel dan Foto oleh Azwa

Seramai 43 orang murid dari Tahun 5 dan 6 Burtuqali berserta 9 orang guru pengawas telah mengikuti lawatan ke Sekolah Sukan Kg Pulaie Jalan Kebangsaan Berakas. Rombongan lawatan kemudiannya mendengarkan takimat yang disampaikan oleh Timbalan Pengetua Sekolah Sukan Cikgu Umi Kalthum binti Hj Abd Rahim dan menyaksikan tayangan video pendek mengenai Sekolah Sukan.

Rombongan lawatan dibawa melawat ke dua bilik utama; bilik Master helroom iaitu tempat untuk melakukan pemeriksaan kesihatan dan berbagai jenis ujian kecergasan. Manakala bilik kedua ialah dewan dan bilik gymnasium.





Sebelum beredar pulang, rombongan menikmati jamuan ringan dan bergambar ramai bersama-sama dengan Pengetua Sekolah Sukan Pg Hj Zahari bin Pg Hj Ahmad.