DONATE AND READ A BOOK

SELASA, 23 APRIL 2013 - MUSALLA AN NUR
Artikel dan Foto oleh Azwa

Jabatan Bahasa English Sekolah Persediaan Arab Bandar Seri Begawan telah menganjurkan aktiviti Donate and Read A Book yang dirasmikan oleh Ustazah Rusidah binti Haji Talip Guru Besar Sekolah Persediaan Arab Bandar Seri Begawan.

Aktiviti tersebut mengalakkan guru-guru dan murid-murid untuk menyumbangkan beberapa buah buku dan meletakkannya ke dalam kotak yang telah disediakan, yang kemudiannya diedarkan secara berkala ke kelas-kelas untuk dijadikan sebagai bahan bacaan.