PROGRAM KEAGAMAAN SENEGARA

KHAMIS, 7 MAC 2013 - MUSALLA AN NUR
Artikel dan Foto oleh Azwa

Program Keagamaan Senegara merupakan program yang dianjurkan oleh Jabatan Pengajian Islam Kementerian Hal Ehwal Ugama. Tahun ini buat kali kedua Sekolah Persediaan Arab, Bandar Seri Begawan menjadi Tuan Rumah untuk program seumpama ini. Pada kali ini program diisikan dengan Tazkirah Bacaan Surah Yassin.


Turut hadir pada program tersebut ialah; Ustazah Pg Hjh Mas Relawati @ Khadijah binti Pg Mohd Said (Ketua Bahagian Sekolah Arab, JPI), Ustazah Hjh Hamidah binti Hj Abd Rahman (Bahagian Sekolah Arab, JPI), Ustazah Nor’Aini bin Hj Muhammad, (Unit Sekolah Arab, Bahagian Ko kurikulum, JPI) dan Ustaz  Sirimi bin Jamali, (Unit Sekolah Arab, Bahagian Kenaziran, JPI)

Aturcara dimulakan dengan pengisian Zikrullah beramai-ramai dan ceramah khas “Fadhilat membaca Surah Yaasin” yang disampaikan oleh Ustazah Noorizah bte Hj Abidin. Program Keagamaan Senegara serentak di sekolah-sekolah Arab dijalankan pada jam 8.00 pagi dengan dimulakan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Ustaz Azman bin Hj Jaya. Setelah itu tazkirah bacaan Surah Yaasin dipimpin oleh Ustaz Hj Rudyman bin Pengarah Hj Abdullah melibatkan semua murid-murid dan tenaga pengajar SPABSB. Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam dibacakan oleh Ustaz Hairol Idzany bin Hj Abd Kani bagi mengakhiri majlis tersebut.