LAWATAN KE MUZIUM TEKNOLOGI MELAYU & BANGUNAN ALAT KEBESARAN DIRAJA

ISNIN, 15 APRIL 2013 - MUZIUM TEKNOLOGI MELAYU
Artikel oleh Azwa dan Foto oleh Nurul 'Aliyah

Seramai 62 orang murid dari Tahun 5 Abyadh, 5 Ahmar dan 5 Akhdar berserta dengan 10 orang guru pengawas telah mengikuti lawatan ke Muzium Teknologi Melayu dan Bangunan Alat-alat kebesaran diRaja. Lawatan merupakan aktiviti yang dikendalikan bersama oleh Jabatan Melayu Islam Beraja, Bahasa Melayu, ICT dan Social Studies.