TA'ZIZUL UKHUWAH - AKTIBITI BAHASA ARAB

KHAMIS, 31 JANUARI 2013 - SPABSB
Artikel dan Foto oleh Azwa

Jabatan Bahasa Arab Sekolah Persediaan Arab Bandar Seri Begawan telah mengendalikan aktibiti Ta'zizul Ukhuwah yang bertempat di Musalla An Nur Surau Sekolah Persediaan Arab Bandar Seri Begawan.




Aktibiti berupa soalan kuiz bahasa arab dimulakan dengan memperkenalkan perkataan-perkataan bahasa arab yang sering digunakan kepada murid-murid. Aktibiti dikendalikan oleh guru-guru dan tenaga pengajar matapelajaran Bahasa Arab.

Penyampaian hadiah disampaikan kepada 30 orang murid yang berjaya menjawab dengan betul pada peraduan tersebut.