LAWATAN KE KG TAMOI

KHAMIS, 14 FEBRUARI 2013 - SPABSB
Artikel oleh Azwa dan Foto oleh Nurul 'Aliyah

Serombongan 60 orang murid Sekolah Persediaan Arab Bandar Seri Begawan dengan diiringi 11 orang guru pengawas, telah berkunjung ke kediaman Penghulu Mukim Tamoi, Pengarah Haji Mokti bin Mohd Salleh.

Lawatan tersebut bertujuan bagi meningkatkan pengetahuan mengenai budaya masyarakat kampong terutamanya yang tinggal di Kampong Ayer, seperti seni kraf tangan, lagu asli, kuih muih, silat dan sebagainya.







Dalam kunjungan berkenaan rombongan mendengar taklimat daripada Pengarah Haji Mokti, yang antara lain menerangkan mengenai jenis-jenis rumah di Kampung Ayer, pantang larang dan bermacam-macam lagi.