PENUTUP DIKIR BAGI MURID-MURID ASRAMA BERSEMPENA DENGAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

ISNIN, 21 JANUARI 2013 - SPABSB
Artikel dan Foto oleh Azwa

Bagi memuliakan dan mengingati hari kelahiran junjungan nabi Muhammad Salallahu Alaihi Wassalam, murid-murid asrama SPABSB telah mengadakan majlis berdikir disepanjang malam bulan Rabiulawal.

Murid-murid asrama mengikut giliran masing-masing iaitu; (Marhalah Fatimah Azzahra, Marhalah Ruqayyah, Marhalah Ummi Kulthum, Marhalah Zainab, Marhalah Nusaibah dan Marhalah Sumayyah) akan membuat persembahan qasidah mereka.




 

Majlis dipimpin oleh Cikgu Alas Sarirah bte Sulaiman dan Ustazah Alimaswati bte Damong Hj Omarali, sambil dibantu oleh guru-guru pengawas, pegawai-pegawai, guru-guru ugama dan guru-guru jemputan yang lain.