MINGGU SUAI KENAL MURID-MURID BARU TAHUN 5 SESI 2013M/1434H (HARI PERTAMA dan KEDUA)

SABTU dan ISNIN , 5 dan 7 JANUARI 2013 - SPABSB
Artikel dan Foto oleh Azwa

Hari pertama persekolahan bagi murid-murid baru Tahun 5 Sekolah Persediaan Arab Bandar Seri Begawan dimulakan dengan sesi suai kenal dan penerangan ringkas daripada guru kelas masing-masing.

Murid-murid kemudiannya mula mengikuti rutin harian seperti makan tengahari di Dewan Makan dan bersembahyang Zuhur berjemaah di Musalla An Nur Sekolah Persediaan Arab Bandar Seri Begawan. Manakala di sebelah petangnya pula, murid-murid diserahkan dengan buku-buku teks pembelajaran.




Hari kedua persekolahan pula dimulakan dengan membaca Surah Yaasin dan doa bagi pembukaan penggal pertama persekolahan. Manakala di sebelah petangnya pula, murid-murid diberikan taklimat oleh Cikgu Emran bin Hj Abd Rani, guru kaunseling daripada Jabatan Pengajian Islam.