Program Pengantarabangsaan Zon Timur: Junior Thinking Odyssey

SABTU, 17 NOVEMBER 2012 - LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA BRUNEI
Artikel dan Foto oleh Azwa

Seramai 4 orang pegawai dan 10 orang pelajar Sekolah Persediaan Arab Bandar Seri Begawan telah berlepas ke Kota Baharu, Kelantan, Malaysia untuk menyertai Program Pengantarabangsaan Zon Timur, Junior Thinking Odeyssey: International Co Academic Challenge 2012 yang bertemakan 'Kebitaraan Matematik dan Bahasa Inggeris' (Niche Mathematics and English)


Program Junior Thinking Odeyssey ini adalah anjuran Sekolah Kebangsaan Zainab (1), Kota Baharu Malaysia khusus bagi Sekolah-Sekolah Rendah kluster Zon Timur yang diadakan pada 18 hingga 21 November 2012 selama 4 hari 3 malam, bertempat di Health Campus, Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian, Kelantan. Program ini juga disertai oleh peserta-peserta dari Negara Singapura, Indonesia, Thailand dan Australia.


Murid-murid Sekolah Persediaan Arab Bandar Seri Begawan telah menyertai aktiviti-aktiviti: Sudoku, Scrable, Spelling Bee dan Math Magic. Selain penyertaan aktiviti bagi murid, tenaga pengajarnya juga ikut serta dalam perkongsian intelek dan pameran inovasi.


Hadir mengucapkan selamat belayar kepada pegawai dan murid-murid berkenaan ialah Ketua Bahagian Pembangunan Sumber Tenaga Manusia dan Biasiswa Jabatan Pengajian Islam, Ustazah Hajijah binti Haji Moktal, pegawai-pegawai Jabatan Pengajian Islam, Guru Besar, tenaga pengajar dan ibubapa serta keluarga murid-murid tersebut.