SABTU, 17 NOVEMBER 2012 - DEWAN SU PAPAUKAI MULAUT
Artikel dan Foto oleh Azwa
Artikel dan Foto oleh Azwa
Jabatan Pengajian Islam Kementerian Hal Ehwal Ugama (Mora) telah mengadakan Pertandingan Mari Bercerita dalam Bahasa Arab peringkat Akhir kali ke ketiga di Dewan Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Amal Umi Kalthum Al-Islam Mulaut
Pengerusi majlis, Ustazah Hjh Asmah Hj Randah, Pemangku Pengarah Jabatan Pengajian Islam, dalam ucapan pembukaannya berkata, "Pertandingan ini bertujuan untuk mendidik, memupuk dan menyemai minat dalam bahasa Arab di kalangan pelajar. Ia juga mendedahkan pelajar untuk menjadi yakin di hadapan penonton yang besar"
Sekolah Arab Sungai Akar muncul sebagai juara dengan persembahan mereka "Pengembala yang menipu" dengan mendapat markah 88.5 peratus. Sekolah Persediaan Arab Temburong di tempat kedua dengan markah 83.5 peratus manakala Sekolah Persediaan Arab Bandar Seri Begawan menduduki tempat ketiga dengan 82 peratus.
Hj Harun Hj Junid, Timbalan Setiausaha Tetap Mora, dalam ucapannya menekankan bahawa peraduan sebegini adalah "unik disebabkan menggunakan bahasa Arab, bahasa yang jarang didengar dalam masyarakat kita".
Beliau juga menekankan "guru memainkan peranan penting dalam meningkatkan dan memperkayakan penguasaan pelajar dalam bahasa Arab, yang sejajar dengan Wawasan negara (Visi) 2035 dalam menghasilkan intelektual, individu yang berbakat dan mahir".