Pertandingan Tausyeh sempena Istiadat Perkahwinan Di Raja

KHAMIS, 20 SEPTEMBER 2012 - PENTAS PERAYAAN
Artikel dan Foto oleh Azwa

Bersempena dengan Istiadat Perkahwinan Diraja antara Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah dengan Yang Mulia Pengiran Haji Ruzaini bin Pengiran Dr Haji Mohammad Yakub, pelbagai acara persembahan kebudayaan telah diadakan bertempat di Kawasan Letak Kereta berhadapan dengan Bangunan Alat-Alat Kebesaran Diraja dan Kawasan Waterfront di ibu negara.



Diantaranya ialah Pertandingan Tausyeh yang dianjurkan oleh Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Hadir selaku Tetamu Kehormat majlis Pemangku Pengarah Jabatan Pengajian Islam Kementerian Hal Ehwal Ugama Ustazah Hajah Asmah binti Haji Randah.


Sekolah Persediaan Arab Bandar Seri Begawan telah memperolehi tempat ke tiga pada pertandingan tersebut.