Peraduan dikir syarafil anam bagi murid-murid asrama

SELASA, 06 NOVEMBER 2012 - MUSALLA AN NUR SPABSB
Artikel dan Foto oleh Azwa

Salah satu aktiviti yang dianjurkan oleh bahagian asrama Sekolah Persediaan Arab Bandar Seri Begawan ialah mengadakan peraduan dikir syarafil anam bagi murid-murid asrama. Pada peraduan tersebut juga pihak Sekolah telah menerima kunjungan khas daripada rombongan SMK Agama Miri (SMKAMi) yang sedang mengikuti Program Pengantarabangsaan Malaysia-Brunei.



Peraduan dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Majlis Ustazah Rusidah bte Hj Talip Guru Besar Sekolah Persediaan Arab Bandar Seri Begawan dan diikuti dengan ucapan daripada Tetamu Khas Majlis iaitu Ustazah Hajah Surbiah binti Haji Tengah Pemangku Penolong Pengarah Institusi Pengajian, Jabatan Pengajian Islam

Sebanyak 4 kumpulan yang menyertai peraduan tersebut yang terdiri daripada; kumpulan Zinnirah - blok B bawah, kumpulan Nusaibah - blok B atas, kumpulan Masyitah - blok A bawah dan kumpulan Summayah - blok A atas


Diakhir peraduan penyampaian hadiah serta cenderahati disampaikan oleh Tetamu Khas Majlis Ustazah Hajah Surbiah binti Haji Tengah Pemangku Penolong Pengarah Institusi Pengajian, Jabatan Pengajian Islam.