majlis sambutan hari guru dan penghargaan bagi pegawai / kakitangan yang telah berpindah

SABTU, 03 NOVEMBER 2012 - SPABSB
Artikel oleh Azwa dan Foto oleh Evie

Sekolah Persediaan Arab Bandar Seri Begawan telah mengadakan majlis sambutan Hari Guru bertempat di Musalla An Nur SPABSB. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Guru Besar Sekolah Persediaan Arab Bandar Seri Begawan Ustazah Rusidah binti Haji Talip.


Majlis juga diselajurkan dengan Majlis penghargaan kepada 13 pegawai-pegawai / kakitangan yang telah ditugaskan berpindah dari Sekolah Persediaan Arab Bandar Seri Begawan. Turut memberikan ucapan pada majlis penghargaan tersebut ialah wakil yang diraikan iaitu Cikgu Hj Azahari bin Hj Metali dan yang di pertua murid 2012 Nurul Fatin binti Abi bersempena dengan Sambutan Hari Guru.



Beberapa persembahan berupa deklimasi sajak 3 bahasa (melayu / inggeris / arab) dan nyanyian lagu hari guru dipersembahkan oleh gabungan murid-murid Tahun 5 dan 6.

Guru Pilihan bagi tahun 2012 dianugerahkan kepada Cikgu Zulfa binti Abd Rahman dan Cikgu Alas Sarirah binti Awg Sulaiman. Penyampaian cenderahati penghargaan disampaikan oleh Ustazah Rusidah binti Haji Talip Guru Besar SPABSB.