Ceramah Motivasi 'Give Me Five'

ISNIN, 10 SEPTEMBER 2012 - SURAU SPABSB
Artikel oleh Azwa dan Foto oleh Lymas

Bagi persiapan untuk menghadapi peperiksaan yang akan datang, Unit Bimbingan dan Kaunseling SPABSB telah mengadakan ceramah motivasi bagi murid-murid Tahun 5 dan 6.


Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah oleh Ustaz Azman bin Haji Jaya dan diikuti dengan ceramah motivasi yang bertajuk 'Give Me Five' yang disampaikan oleh penceramah undangan Cikgu Ali Yusri bin Abdul Ghafor, Kaunselor dan Pemangku Ketua Bahagian Kaunseling dan Kerjaya, Jabatan Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan.


Diakhir majlis, penyampaian cenderahati penghargaan disampaikan oleh Guru Besar SPABSB Ustazah Rusidah binti Hj Talip.