Majlis Khatam Al-Quran sempena ulangtahun Hari Keputeraan KDYMM ke 66 tahun

KHAMIS, 9 OGOS 2012 - SURAU SPABSB
Artikel oleh Azwa dan Foto oleh Evie

Bersempena dengan hari keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia ke 66 tahun, Sekolah Persediaan Arab BSB dan Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan RIPAD telah bergabung untuk mengadakan majlis bacaan Khatam Al-Quran sebanyak 66 kali di Surau SPABSB.



Hadir selaku tetamu kehormat ialah Ustazah Hjh Hasnah binti Haji Omar Ketua Bahagian Dasar, Perancangan dan Penyelidikan Kementerian Hal Ehwal Ugama berserta pegawai-pegawai dari Jabatan Pengajian Islam.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh tetamu kehormat majlis dan diteruskan dengan bacaan surah-surah, bacaan takhtim dan dikir marhaban oleh murid-murid gabungan Sekolah Persediaan Arab BSB dan Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan RIPAD.



Bacaan Doa Khatam dibacakan oleh murid Tahun 7 Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan RIPAD Rabiatul Adawiyah binti Azman manakala bacaan Doa Khas Hari Keputeraan pula dibacakan oleh Ustaz Hj Rosdiman bin Awg Hj Duraman.