Majlis Bersungkai bersama murid-murid Asrama

RABU, 1 OGOS 2012 - SURAU SPABSB
Artikel oleh Azwa dan Foto oleh Dee Kay

Bersempena dengan bulan Ramadhan yang penuh mubarak, SPABSB telah mengadakan majlis membaca tahlil, bersungkai dan bersembahyang terawih berjemaah bersama-sama dengan murid-murid asrama SPABSB.


Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pemangku Pengarah Jabatan Pengajian Islam Ustazah Dyg Hajah Asmah binti Haji Randah bersama-sama dengan beberapa orang pegawai-pegawai daripada Jabatan Pengajian Islam.



Bacaan Tahlil dan Doa Arwah diketuai oleh Ustaz Hj Rosdiman bin Awg Hj Duraman yang seterusnya mengimamkan sembahyang fardhu Maghrib dan Isya berjemaah.

Manakala Sembahyang Sunat Terawih dan Witir pula diimamkan oleh Ustaz Hj Rudyman bin Pengarah Hj Abdullah.